Assalamualaikum
Petang petang duduk atas beranda sambil bual-bual dengan ayah, terlintas pulak nak berbual pasal pengorbanan ni.
Bila bercakap tentang pengorbanan ni, rata-rata akan cakap yang perempuan lebih banyak melakukan pengorbanan. Contohnya: mengandung, nak kena bawa kandungan kesana kemari dalam masa sembilan bulan bukanlah sesuatu yang sementara. Tapi, tanpa kita sedar lelaki jugak sama banyak dalam melakukan pengorbanan. Ayah ya cakap kita tidak boleh hanya memandang pada sebelah pihak saje.
Kita kena pandang secara keseluruhan, over and all.
Ya tanya ayah : apa yang membuatkan seorang lelaki tu berasa berdebar.
ayah cakap: first, masa nk kena sunat means berkhatan..tu namanya berdebar dalam ketakutan.
Second plak, berdebar masa nak akad nikah .. dan tu namanya berdebar dalam kegembiraan.
dua-dua tu adalah sesuatu situasi yang secara fizikal. Yang boleh kita nampak dengan mata kasar.
Yang lain, banyak lagi yang lelaki akan kena fikir. Contohnya: macam mana nak cari rezeki yang halal untuk tanggung anak isteri. Nak suruh anak-anak yang degil ni tutup aurat, jaga maruah, jaga nama baik keluarga. Nak kena didik dengan agama yang kuat. Jadi pengorbanan perlu dilakukan orang si lelaki ni tambahan pula si lelaki juga merupakan ketua keluarga. Semua benda orang lelaki kena fikir.
Memang tidak diakui...perempuan juga perlu turut serta tapi sama hebat juga dengan lelaki.
Sebenarnya, walaupun pada dasarnya ya lebih memihak kepada perempuan , mother tetapi..kenyataan seterusnya berbeza.
Ayah ya cakap pengorbanan adalah sama rata.
antara perempuan & lelaki mereka perlu menempuhi situasi yang berbeza tetapi memerlukan pengorbanan yang ketara bagi kedua-duanya.
Walaupun, pada kemuncak perbualan dengan ayah, ya kurang faham, tetapi ya yakin bahawa kita tidak seharusnya tertumpu atau melihat kepada pergorbanan perempaun @ si ibu sahaja, kerana pengorbanan lelaki @ si ayah jugak sehebat ibu.