Yea!! Hari yang sangat menyeronokkan untuk ya meneruskan entry ya kali ni.
You know why? I got a new hobby to do..
Untuk entry kali ni, ya nak share satu bende yang ya rase agak menarik
untuk dikongsi.
Malaysia Clay Art!
Malaysia Clay Art telah banyak menghasilkan produk-produk yang berasaskan tanah liat polimer. Umum mengetahui bahawa tanah liat kebiasaannya digunakan untuk menghasilkan tembikar dan sebagainya suatu ketika dahulu. Kini, banyak produk-produk lain yang dapat dihasilkan melalui tanah liat seperti kerongsang, cincin, rantai tangan mahupun rantai leher.
Tanah liat polimer daripada Malaysia Clay Art mempunyai banyak perbezaan daripada tanah liat polimer yang didapati di kedai online yang lain.
Sebagai salah seorang pengguna tanah liat polimer daripada Malaysia Clay Art ini, saya telah banyak menghasilkan barangan perhiasan melalui tanah liat polimer ini.Warnanya yang pelbagai membuatkan ramai rakan-rakan saya tertarik untuk menggunakan barangan perhiasan yang telah saya hasilkan dengan menggunakan tanah liat polimer. Saya juga terkejut kerana ada juga diantara mereka yang bergitu teruja untuk membelinya walaupun saya masih lagi dalam tempoh percubaan.
Namun siapa tahu, tanah liat polimer yang dulunya dijadikan hobi untuk memenuhi masa lapang, kini sudah bertukar menjadi hobi yang menguntungkan.
inilah antara cincin yang menjadi rebutan ramai :)
Bayangkan, Dengan hanya menggunakan tanah liat, saya dapat menghasilkan pelbagai jenis aksesori yang menarik setanding aksesori-aksesori yang dijual dikedai.
Malah buatan sendiri itu lebih baik dari yang dibeli daripada luar dan yang pasti lebih murah.
Saya tidak memerlukan masa yang lama untuk menunggu penghantaran tanah liat polimer ini. Saya hanya perlu menunggu 3 hari sahaja untuk menerima tanah liat polimer yang ditempah melalui malaysiaclayart.com selepas membuat pembayaran. Saya amat berpuas hati kerana tidaklah terlalu cerewet untuk menghasilkan sesuatu bentuk dengan menggunakan tanah liat ini berbanding tanah liat yang saya beli di kedai lain sebelumnya.
Untuk memudahkan pelanggannya menggunakan tanah liat polimer ini, Malaysia Clay Art telah menyediakan tip-tip yang amat berguna di laman web nya (www.malaysiaclayart.com/). Jadi penggunanya tidak perlulah bimbang,
Malaysia Clay Art membuatkan masa lapang saya menjadi lebih gempak dan awesome.
Malaysia Clay Art! Syok la..
No comments:
Post a Comment